Gunung Sempu
Home » , » Mulai Kaki Kanan Ketika Masuk ke Masjid

Mulai Kaki Kanan Ketika Masuk ke Masjid

Written By Unknown on Senin, 15 Oktober 2012 | 08.02



Sheikh ‘Abdullah Bin Soleh Al-Fauzan
(anak kepada Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan)
Terjemahan: Pencinta Sunnah

تقديم اليمنى عند الدخول

“Memulai kaki kanan ketika masuk ke dalam Masjid”

أعلم أن لدخول المسجد صفة خاصة، وهي تقديم الرجل اليمنى؛ لأن اليمين أعدت لكل ما هو من باب التكريم، واليسار لما هو بضد ذلك، وهذه الصفة يخل بها كثيرون جهلاً أو عجلة، مع أنه ثبت فيها نصوص عامة ونصوص خاصة.

“Ketahuilah, untuk masuk ke dalam masjid mempunyai sifat (cara) yang khas. Iaitu mendahulukan kaki kanan. Kerana anggota yang kanan telah disediakan untuk apa sahaja perkara yang mulia. Dan anggota yang kiri disediakan untuk apa yang berlawanan dengan itu. Dan sifat (cara) ini telah ditinggalkan oleh kebanyakan orang-orang yang jahil ataupun orang yang tergesa-gesa. Meskipun ianya telah ditetapkan di dalam nas-nas yang umum dan nas-nas yang khusus.

فعن أنس رضي الله عنه أنه قال: من السنة إذا دخلت المسجد أن تبدأ برجلك اليمنى، وإذا خرجت أن تبدأ برجلك اليسرى

Dari Anas RadhiaAllahu ‘anhu, bahawasanya ia berkata: “Sebahagian dari sunnah, apabila kamu memasuki masjid, kamu mendahului dengan kaki kanan kamu. Dan apabila kamu keluar masjid, maka kamu dahulukan kaki kirimu”. [1]

قال في فتح الباري: والصحيح أن قول الصحابي: “من السنة كذا” محمول على الرفع

Ibnu Hajar telah berkata di dalam Fathul Bari: “Yang benar adalah bahawa ucapan Sahabat: “Ini atau itu termasuk sunnah” dapat difahami dengan hadith marfu’. [2]

قال البخاري رحمه الله في صحيحه: (باب التيمن في دخول المسجد وغيره) وكان ابن عمر يبدأ برجله اليمنى، فإذا خرج بدأ برجله اليسرى، ثم ذكر حديث عائشة رضي الله عنها بلفظ: كان النبي صلى الله عليه وسلم يحب التيمن ما استطاع في شأنه كله في طهوره وترجله وتنعله

Telah berkata Imam Al-Bukhari Rahimahullah di dalam sohehnya: (Bab mendahulukan yang kanan apabila masuk ke dalam masjid dan selainnya) Ibnu ‘Umar mendahulukan kaki kanannya, maka apabila ia keluar ia mendahulukan kaki kirinya, kemudian ia menyebutkan hadith ‘Aisyah RadhiaAllahu ‘anha dengan lafaz: “Kebiasaannya Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam suka mendahulukan yang kanan semampu baginda dalam apa jua urusan seperti bersuci, menyisir rambut dan memakai kasut”. [3]

قال العيني: مطابقته للترجمة من حيث عمومه؛ لأن يدل على البداءة باليمين في دخول المسجد

Kesesuaian hadith ini dengan judul Bab (yang dibuat oleh Imam Al-Bukhari) adalah dari keumumannya. Kerana ia menunjukkan tentang memulai kaki kanan apabila masuk ke dalam masjid”. [4]

وقال ابن علان في شرح الأذكار: وخصت اليمنى بالدخول؛ لشرفه واليسرى بالخروج؛ لخسته، وهذا مما ينبغي الاعتناء بها كغيره من الآداب

Ibnu ‘Ilan berkata di dalam Syarah Al-Azkar: Dan telah dikhaskan mendahulukan kaki kanan kerana kemuliaannya, dan mendahulukan kaki kiri ketika keluar kerana kehinaannya. Dan inilah adab yang seharusnya diperhatikan seperti adab-adab yang lain. [5]

انظر: أحكام حضور المساجد في باب تقديم اليمنى عند الدخول لشيخ عبد الله بن صالح الفوزان

[1] Hadis Riwayat al-Hakim (218/1) dan dia berkata: Sahih dengan syarat Imam Muslim, disepakati oleh al-Dzahabi
[2] Fathul Bari (523)
[3] Hadis Riwayat Imam al-Bukhari (no.426) dan Imam Muslim (no.268)
[4] ‘Umdatul Qori (429/3)
[5] al-Futuhat al-Rabbaniyyah li Ibni ‘Illan (42/2)
 ___________________________________
Abu Huraerah, 14 Oktober 2012, Gunung Sempu
Share this article :

0 komentar:

Posting Komentar

Silahkan tinggalkan komentar
untuk komentar bagi yang belum memiliki accaunt pilih select profile dan klik Anonymous

 
Support : Creating Website | |
Copyright © 2011. gunung sempu - All Rights Reserved
Template Created by Published by Khandar
Proudly powered by Blogger